Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SUKUK PELABURAN MAMPAN DAN BERTANGGUNGJAWAB) 2025
Seksyen 2
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat atau syarikat Labuan daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat atau syarikat Labuan itu atas terbitan atau penawaran Sukuk Pelaburan
Mampan dan Bertanggungjawab—
(a)
yang diluluskan atau dibenarkan oleh, atau diserah simpan dengan,
Suruhanjaya
Sekuriti di bawah
Akta
Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
(b)
yang diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur mengikut garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan
(c)
yang sembilan puluh peratus daripada hasil yang diperoleh daripada terbitan atau penawaran Sukuk Pelaburan Mampan
P.U. (A) 267 3
dan Bertanggungjawab itu digunakan semata-mata bagi maksud membiayai Projek Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab yang dinyatakan dalam garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
(2)
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)
hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
A – B = C iaitu
A ialah amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat atau syarikat Labuan itu atas terbitan atau penawaran
Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab;
B ialah amaun yang dikecualikan di bawah subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan suatu pemberian untuk membiayai perbelanjaan kajian semula luaran bagi terbitan atau penawaran
Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab; dan
C ialah jumlah amaun potongan yang dibenarkan.
(3)
Mana-mana syarikat atau syarikat Labuan yang telah membuat tuntutan bagi suatu potongan bagi perbelanjaan atas terbitan atau penawaran Sukuk Pelaburan
Mampan dan Bertanggungjawab di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran tidak layak mendapat potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini bagi tahun taksiran itu.
P.U. (A) 267 4
(4)
Bagi maksud kaedah ini—
“perbelanjaan kajian semula luaran” ertinya suatu perbelanjaan yang dilakukan oleh suatu syarikat atau syarikat Labuan atas terbitan atau penawaran Sukuk Pelaburan
Mampan dan Bertanggungjawab untuk melantik penyemak semula luaran untuk menilai dan menyediakan suatu laporan mengenai—
(a)
kelayakan projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat atau syarikat Labuan itu bagi maksud Projek Pelaburan Mampan dan
Bertanggungjawab yang dinyatakan dalam garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya
Sekuriti di bawah
Akta
Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007; atau
(b)
kepatuhan syarikat atau syarikat Labuan itu dengan kehendak di bawah garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
“syarikat” ertinya suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
“syarikat Labuan” ertinya suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441].
Dibuat 18 Ogos 2025
[Perb. MOF.TAX(S) 700-3/1/613; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-358; PN(PU2)80/JLD.114]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 267 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (SUSTAINABLE AND RESPONSIBLE INVESTMENT SUKUK)
RULES 2025