Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (TOLAKAN BAGI CUKAI YANG DIKENAKAN KE ATAS LEBIHAN AKTUARI DI BAWAH PERNIAGAAN TAKAFUL) 2017

Seksyen 2

Bahagian lebihan aktuari daripada kumpulan wang keluarga suatu pengendali takaful yang dipindahkan kepada kumpulan wang pemegang syer pengendali takaful itu berkenaan dengan perniagaan keluarga pengendali takaful itu menurut subperenggan 60AA(9)(a)(vi) atau 60AA(10)(a)(vi) Akta yang berkenaan dengannya cukai yang dikenakan ditolak daripada cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada kumpulan wang pemegang syer itu dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran menurut seksyen 110C Akta hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

A

X

B

C iaitu

A ialah amaun lebihan aktuari daripada kumpulan wang keluarga pengendali takaful yang dipindahkan kepada kumpulan wang pemegang syer menurut

3

subperenggan 60AA(9)(a)(vi) atau 60AA(10)(a)(vi) Akta dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu;

B ialah pendapatan bersih daripada pelaburan dan keuntungan bersih daripada pelaburan yang direalisasikan atau apa-apa hak yang terbit daripadanya dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu daripada kumpulan wang keluarga berkenaan dengan perniagaan keluarga pengendali takaful; dan

C ialah amaun lebihan aktuari dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu daripada kumpulan wang keluarga berkenaan dengan perniagaan keluarga pengendali takaful termasuk sumbangan dan pendapatan daripada pelaburan.

Dibuat 19 Disember 2017

[Perb.CR(8.09)681/2-61(SJ.18)JLD.15(SK.5); LHDN.AY.A/600-1/1/2;

PN(PU2)80/LXXXVIII]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (SET-OFF FOR TAX CHARGED ON ACTUARIAL SURPLUS UNDER

TAKAFUL BUSINESS) RULES 2017

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (TOLAKAN BAGI CUKAI YANG DIKENAKAN KE ATAS LEBIHAN AKTUARI DI BAWAH PERNIAGAAN TAKAFUL) 2017