Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Setem berpelekat
(1)
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri hendaklah mengeluarkan setem berpelekat dalam apa-apa denominasi dan mengikut spesifikasi, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(2)
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri hendaklah bertanggungjawab untuk—
(a)
mengawal selia bekalan dan jualan setem berpelekat; dan
(b)
menentukan kewajipan dan saraan, jika ada, bagi orang yang dilantik untuk menjual setem itu.
P.U. (A) 97 3
(3)
Setem berpelekat hendaklah dijual pada harga yang bersamaan dengan nilai yang tertera di atas setem itu.
(4)
Semua hasil daripada penjualan setem berpelekat hendaklah menjadi milik Kerajaan Malaysia dan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.
Kesahan setem berpelekat