Malaysia legislation
Section 7
of KAEDAH-KAEDAH HAKMILIK STRATA (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2015
Seksyen 7
(1)
Pemilik asal hendaklah mencadangkan unit syer yang saksama sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 10(1)(h) Akta.
(2)
Pemilik asal hendaklah membuat suatu permohonan kepada Pengarah
Tanah dan Galian untuk mendapatkan Sijil Formula Unit Syer dengan menggunakan
Borang B Jadual II.
(3)
Permohonan yang disebut dalam subkaedah (2) hendaklah mematuhi apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Tanah dan Galian.
(4)
Sekiranya Pengarah Tanah dan Galian berpuas hati dengan permohonan di bawah subkaedah (2) dan meluluskan permohonan itu, Pengarah Tanah dan Galian hendaklah mengeluarkan sijil sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual III.
(5)
Sekiranya terdapat perubahan pada pelan bangunan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan atau perubahan pada unit syer atau kedua-duanya yang sijil telah dikeluarkan di bawah subkaedah (4), pemilik asal itu hendaklah membuat suatu permohonan yang baharu kepada Pengarah Tanah dan Galian untuk kelulusan dan sijil baharu akan dikeluarkan.
(6)
Walau apa pun subkaedah (2), Pengarah Tanah dan Galian boleh memberikan pengecualian kepada mana-mana pemilik asal daripada kehendak untuk memohon Sijil Formula Unit Syer dalam hal keadaan yang difikirkannya perlu.
P.U. (A) 127 5
Formula unit syer