Skip to content

Seksyen 10

Badan pensijilan

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Pendaftaran Pembekal) 2023

P.U. (A)In forceProvision 10 of 14
Seksyen 10

(1)

Badan pensijilan yang berikut diiktiraf oleh Suruhanjaya:

(a)

badan pensijilan tempatan yang diakreditasi oleh pihak berkuasa akreditasi;

(b)

badan pensijilan antarabangsa—

(i)

yang mempunyai tempat perniagaannya di negara selain dari Malaysia dan negara itu telah memasuki suatu perjanjian pengakuan timbal balik dengan Malaysia; dan

P.U. (A) 390 9

(ii)

yang diiktiraf, didaftarkan atau dilesenkan oleh pihak berkuasa relevan di dalam negara yang badan pensijilan antarabangsa itu menjalankan perniagaannya; dan

(c)

mana-mana organisasi yang diiktiraf oleh Suruhanjaya untuk menjalankan pensijilan bagi pemasangan, peranti atau kelengkapan.

(2)

Suruhanjaya hendaklah berhenti mengiktiraf suatu badan pensijilan di bawah perenggan (1)(a) atau (b), jika akreditasi badan pensijilan tempatan itu atau pengiktirafan, pendaftaran atau lesen yang diberikan kepada badan pensijilan antarabangsa itu, dibatalkan oleh pihak berkuasa yang relevan.