Malaysia legislation
Section 13
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PENDAFTARAN PEMBEKAL) 2023
Seksyen 13
Tanggungjawab pembekal
(1)
Seseorang pembekal hendaklah—
(a)
membekalkan pemasangan, peranti atau kelengkapan sepertimana yang telah diluluskan dalam sijil pendaftaran;
(b)
mematuhi peruntukan Akta dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta;
(c)
mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya menurut perenggan 5(4)(a);
(d)
memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh
Suruhanjaya dalam apa-apa format dan dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
(e)
memastikan pemasangan, peranti atau kelengkapan yang dibekalkan mematuhi sepenuhnya standard yang diiktiraf dan
P.U. (A) 390 11
apa-apa standard lain yang dinilai melalui penilaian pematuhan, mengikut mana yang berkenaan, pada setiap masa;
(f)
memastikan tiada kemerosotan kualiti pemasangan, peranti atau kelengkapan yang dibekalkan; dan
(g)
mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
(2)
Pembekal yang tidak mematuhi subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pensampelan dan larangan pembekalan