Malaysia legislation
Section 14
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PENDAFTARAN PEMBEKAL) 2023
Seksyen 14
(1)
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa melalui notis secara bertulis, menghendaki pembekal untuk menyerahkan dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, sampel pemasangan, peranti atau kelengkapan yang dibekalkan, bagi tujuan pemeriksaan atau ujian.
(2)
Jika apa-apa pemasangan, peranti atau kelengkapan itu pada pendapat
Suruhanjaya tidak selamat, berbahaya atau mungkin menjadi tidak selamat atau berbahaya, atau tidak sesuai untuk kegunaan dan tujuannya, Suruhanjaya boleh melarang pembekalan pemasangan, peranti atau kelengkapan itu dan mengarahkan pembekal, melalui notis bertulis atau apa-apa cara yang ditentukan, dalam tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk—
(a)
menarik balik pemasangan, peranti atau kelengkapan itu daripada digunakan atau dijual; atau
(b)
berhenti membekalkan pemasangan, peranti atau kelengkapan itu.
P.U. (A) 390 12
(3)
Jika pemasangan, peranti atau kelengkapan itu didapati cacat selepas pensijilan atau penilaian, Suruhanjaya boleh mengarahkan semua pemasangan, peranti atau kelengkapan yang cacat itu ditarik balik dan kos dan perbelanjaan penarikan balik itu hendaklah ditanggung oleh pembekal.
(4)
Pembekal yang tidak mematuhi subkaedah (2) atau (3), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak lebih daripada lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(5)
Suruhanjaya tidak akan bertanggungan bagi apa-apa kerugian, kos atau kerosakan yang disebabkan oleh tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah subkaedah (2) dan (3).