Malaysia legislation
Section 11
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERMIT) (PINDAAN) 2021
Seksyen 11
Pindaan kaedah 10
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Pembatalan, penggantungan atau pemberhentian permit”;
(b)
dengan menggantikan subkaedah (1) dengan subkaedah yang berikut:
“(1)
Suruhanjaya boleh melalui notis bertulis membatalkan mana-mana permit yang dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini atau menggantung permit itu bagi suatu tempoh yang difikirkannya patut jika—
(a)
pemegang permit tidak mematuhi mana-mana syarat permit itu;
(b)
pemegang permit tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta, perundangan subsidiarinya atau apa-apa instrumen lain yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya;
(c)
pemegang permit secara salah, tidak sah atau salah nyataan apa-apa fakta atau butir-butir untuk mendapatkan permit itu;
13
(d)
pemegang permit telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta atau perundangan subsidiarinya;
(e)
pemegang permit tidak mematuhi mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan, perundangan subsidiarinya atau apa-apa instrumen lain yang dikeluarkan di bawah undang-undang itu atau oleh pihak berkuasa berkaitan;
(f)
pemegang permit mendedahkan apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan permit kepada mana-mana pihak lain yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah salah atau mengelirukan;
(g)
pemegang permit tidak mematuhi undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan alam sekitar;
atau
(h)
telah berlaku apa-apa tindakan atau keingkaran pada pihak pemegang permit atau terdapat perubahan dalam hal keadaan sehingga pemegang permit tidak lagi berhak untuk diberi permit di bawah Akta atau
Kaedah-Kaedah ini.”;
(c)
dalam perenggan (2)(b), dengan menggantikan perkataan “tiga puluh hari”
dengan perkataan “empat belas hari”;
(d)
dalam subkaedah
(4)
, dengan memasukkan selepas perkataan
“pampasan” perkataan “atau ganti rugi”; dan 14
(e)
dengan memasukkan selepas subkaedah (5) subkaedah yang berikut:
“(6)
Walau apa pun apa-apa jua peruntukan lain dalam
Kaedah-Kaedah ini, suatu permit yang dikeluarkan di bawah
Kaedah-Kaedah ini hendaklah menjadi tidak sah dalam hal keadaan yang berikut:
(a)
kematian pemegang permit;
(b)
pemegang permit diisytiharkan sebagai bankrap;
(c)
pemegang permit telah digulung;
(d)
penerima atau pengurus, pelikuidasi sementara atau pegawai yang serupa telah dilantik mengenai keseluruhan atau sebahagian besar aset pemegang permit dan pelantikan tersebut tidak dibatalkan atau dirungkaikan dalam masa enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau
(e)
pemegang permit tidak lagi menjalankan perniagaannya.
(7)
Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa kerja di bawah seksyen 50 Akta dengan menggunakan suatu permit yang telah menjadi tidak sah menurut subkaedah (6), hendaklah disifatkan sebagai menjalankan kerja-kerja tanpa permit.”.
Pemotongan kaedah 11