Malaysia legislation

Section 15

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERMIT) (PINDAAN) 2021

Seksyen 15

Kaedah baharu 15 dan 16

(a)

telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah—

(i)

Akta atau perundangan subsidiarinya; atau

(ii)

undang-undang lain yang berkaitan atau perundangan subsidiarinya;

16

(b)

memiliki permit yang dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini tetapi telah digantung atau dibatalkan di bawah kaedah 10;

(c)

gagal untuk mematuhi apa-apa syarat permit di bawah

Kaedah-Kaedah ini;

(d)

gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta, perundangan subsidiarinya atau apa-apa instrumen lain yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; atau

(e)

gagal untuk mematuhi mana-mana undang-undang lain yang berkaitan, perundangan subsidiarinya atau apa-apa instrumen lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh sekatan ke suatu tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya berdasarkan keseriusan kesalahan di bawah perenggan (1)(a) atau kegagalan di bawah perenggan (1)(b), (c), (d) dan (e).

(3)

Sebelum

Suruhanjaya membuat keputusan di bawah subkaedah (1), Suruhanjaya hendaklah memberi orang itu—

(a)

suatu notis bertulis mengenai niat Suruhanjaya untuk menyekat orang itu daripada memohon atau diberikan permit di bawah Kaedah-Kaedah ini; dan

(b)

suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak kurang dari empat belas hari dari tarikh notis itu diserahkan kepada orang itu.

17

(4)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu,

Suruhanjaya hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh orang itu, memutuskan sama ada untuk menyekat orang itu daripada memohon atau diberikan suatu permit di bawah Kaedah-Kaedah ini, dan memaklumkan kepada orang itu secara bertulis mengenai keputusannya.

(5)

Pemegang permit tidak berhak kepada apa-apa bentuk pampasan atau ganti rugi daripada Suruhanjaya jika orang itu disekat daripada memohon atau diberikan permit di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(6)

Sekatan daripada memohon atau diberikan permit di bawah

Kaedah-Kaedah ini hendaklah berkuat kuasa pada—

(a)

suatu tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subkaedah (4); atau

(b)

jika tiada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subkaedah (4), apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis itu disampaikan kepada orang itu.

Menyiarkan senarai permit yang dibatalkan atau digantung dan senarai orang yang disekat oleh Suruhanjaya

Section 15 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERMIT) (PINDAAN) 2021