Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERMIT) (PINDAAN) 2021
Seksyen 4
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 4 dengan kaedah yang berikut:
“Permohonan untuk dan pengeluaran permit 4.
(1)
Permohonan untuk suatu permit hendaklah dibuat kepada
Suruhanjaya dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2)
Tiap-tiap permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah disertakan dengan fi yang dinyatakan dalam butiran 1 Jadual Kedua.
(3)
Pemohon bagi suatu permit hendaklah mengemukakan—
(a)
maklumat yang dikehendaki di bawah subkaedah (4); dan
(b)
apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang
4
dikehendaki oleh Suruhanjaya menurut apa-apa instrumen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
(4)
Permohonan untuk suatu permit hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
butir-butir pemohon;
(b)
kategori kerja yang akan dikendalikan atau disediakan oleh pemohon;
(c)
kelayakan pemohon;
(d)
perakuan pendaftaran yang diperlukan sebagai kontraktor berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga, jika diperlukan;
dan
(e)
apa-apa maklumat dan dokumen yang dikemukakan kepada
Lembaga bagi maksud didaftarkan sebagai kontraktor atau kebenaran untuk mengakses apa-apa maklumat dan dokumen secara langsung daripada Lembaga.
(5)
Suruhanjaya boleh, selepas menimbangkan permohonan untuk suatu permit di bawah subkaedah (1), meluluskan atau menolak permohonan itu.
(6)
Jika permohonan untuk suatu permit diluluskan, permit hendaklah dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah kaedah 7.
(7)
Jika permohonan untuk suatu permit ditolak, sebab bagi penolakan itu hendaklah diberikan kepada pemohon secara bertulis.”.
5
Kaedah baharu 4A dan 4B