Malaysia legislation

Section 4B

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERMIT) (PINDAAN) 2021

Seksyen 4B

Suruhanjaya boleh menolak permohonan permit dalam keadaan tertentu

(a)

pemohon sedang disiasat oleh

Suruhanjaya atau pihak berkuasa lain yang berkaitan yang berhubungan dengan—

(i)

apa-apa kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta, perundangan subsidiarinya atau apa-apa instrumen lain yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya;

(ii)

apa-apa kegagalan untuk mematuhi mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan, perundangan subsidiarinya atau apa-apa instrumen lain yang dikeluarkan di bawah undang-undang bertulis itu atau oleh pihak berkuasa yang berkaitan; atau 6

(iii)

pendedahan apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan permit kepada pihak lain yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah salah atau mengelirukan;

(b)

pemohon tertakluk kepada mana-mana prosiding mahkamah—

(i)

yang berhubungan dengan keadaan dalam perenggan (1)(a);

(ii)

untuk pelanggaran apa-apa syarat yang dikenakan ke atas permit oleh Suruhanjaya; atau

(iii)

untuk apa-apa kerja yang dinyatakan dalam permit yang dijalankan oleh pemegang permit;

(c)

keputusan Suruhanjaya untuk menolak permohonan oleh pemohon bagi suatu permit hendaklah tertakluk kepada mana-mana prosiding mahkamah; atau

(d)

pemohon telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta atau perundangan subsidiarinya.

(2)

Jika permohonan bagi suatu permit ditolak atas sebab dalam perenggan

(1)

(a)

,

(b)

,

(c)

atau

(d)

, pemohon tidak layak untuk memohon apa-apa permit melainkan jika

Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

siasatan di bawah perenggan (1)(a) telah dilengkapkan dan tiada prosiding mahkamah;

7

(b)

prosiding mahkamah di bawah perenggan (1)(b) dan (c)

adalah muktamad dan konklusif; atau

(c)

prosiding mahkamah yang melibatkan pemohon di bawah perenggan

(1)

(d)

adalah muktamad dan konklusif, dan pemohon telah menjalani hukuman bagi sabitan itu.”.

Pindaan kaedah 5

Section 4B — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERMIT) (PINDAAN) 2021