Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERMIT) (PINDAAN) 2021
Seksyen 6
Kaedah 5 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dalam subkaedah (1)—
(i)
dengan menggantikan perenggan
(a)
dengan perenggan yang berikut:
“(a)
suatu permit IPA Jenis A1 bagi menjalankan apa-apa pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian atau pembaikan—
(i)
seksyen paip air perkhidmatan selepas titik meter dan perpaipan dalaman;
(ii)
perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama yang bersambung kepada suatu kebuk pemeriksaan atau tangki septik; atau
(iii)
tangki septik;”;
8
(ii)
dengan memasukkan selepas perenggan
(a)
perenggan yang berikut:
“(aa)
suatu permit IPA Jenis A2 bagi menjalankan apa-apa pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian atau pembaikan sistem bekalan air yang dinyatakan di bawah permit IPA Jenis A1 dan paip penghubung;”;
(iii)
dengan menggantikan perenggan
(b)
dengan perenggan yang berikut:
“(b)
suatu permit IPA Jenis B bagi menjalankan apa-apa pembinaan, pengubahsuaian, penyambungan atau pembaikan suatu perpaipan pembetungan dalaman individu atau suatu perpaipan pembetungan dalaman bersama daripada suatu kebuk pemeriksaan kepada suatu pembetung;”;
(iv)
dengan menggantikan perenggan
(c)
dengan perenggan yang berikut:
“(c)
suatu permit
Jenis
C1
bagi menjalankan apa-apa pembinaan, pemasangan atau pengubahsuaian kepada mana-mana bahagian suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan yang tender atau suatu projek atau kerja yang diusahakan itu melebihi
RM10,000,000.00;”;
(v)
dengan memasukkan selepas perenggan
(c)
perenggan yang berikut:
“(ca)
suatu permit IPA Jenis C2 bagi menjalankan apa-apa pembinaan, pemasangan atau pengubahsuaian kepada
9
mana-mana bahagian suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan yang tender atau suatu projek atau kerja yang diusahakan itu melebihi RM3,000,000.00
tetapi tidak melebihi RM10,000,000.00;
(cb)
suatu permit IPA Jenis C3 bagi menjalankan apa-apa pembinaan, pemasangan atau pengubahsuaian kepada mana-mana bahagian suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan yang tender atau suatu projek atau kerja yang diusahakan itu melebihi RM200,000.00
tetapi tidak melebihi RM3,000,000.00;
(cc)
suatu permit IPA Jenis C4 bagi menjalankan apa-apa pembinaan, pemasangan atau pengubahsuaian kepada mana-mana bahagian suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan yang tender atau suatu projek atau kerja yang diusahakan itu tidak melebihi
RM200,000.00;”; dan
(vi)
dalam perenggan (e)—
(A)
dalam teks bahasa
Inggeris, dengan memotong perkataan “sewerage”; dan
(B)
dengan memasukkan selepas perkataan
“perkhidmatan penyahenap cemar”
perkataan
“atau apa-apa perkhidmatan pembetungan yang lain”; dan
(b)
dalam subkaedah
(4)
, dengan menggantikan perkataan
“borang yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga” dengan perkataan
“bentuk dan cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya”.
10
Pindaan kaedah 6