Malaysia legislation
Section 9
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERMIT) (PINDAAN) 2021
Seksyen 9
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 7 kaedah yang berikut:
“Kuasa untuk menambah, mengubah atau membatalkan syarat 7A. (1)
(a)
mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas permit itu;
atau
(b)
mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas permit itu.
(2)
Sebelum
Suruhanjaya membuat keputusan di bawah subkaedah (1), Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang permit itu—
(a)
suatu notis bertulis mengenai niat Suruhanjaya berserta dengan suatu salinan draf mengenai pengenaan, perubahan atau pembatalan itu; dan
(b)
suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis itu diserahkan kepada pemegang permit.
(3)
Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu,
Suruhanjaya hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang permit itu, memutuskan sama ada untuk mengenakan syarat tambahan atau mengubah atau membatalkan mana-mana syarat sedia ada atau tidak mengambil tindakan lanjut, dan memberitahu pemegang permit itu secara bertulis mengenai keputusannya.
12
(4)
Pemegang permit tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa bentuk pampasan atau ganti rugi daripada Suruhanjaya atas pengenaan, perubahan atau pembatalan syarat menurut Kaedah-Kaedah ini.”.
Pemotongan kaedah 8