Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) 2014
Seksyen 5
(1)
Seseorang yang menggunakan atau membekalkan bahan untuk paip dan lengkapan yang merupakan sebahagian daripada sistem retikulasi air luaran, takungan perkhidmatan terpusat, sesalur utama bekalan, sistem bekalan air persendirian dan lengkapan air hendaklah memastikan bahan itu―
(a)
daripada bahan sesuai yang dibenarkan oleh Suruhanjaya; dan
(b)
mematuhi standard yang diiktiraf.
(2)
Seseorang yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.