Malaysia legislation
Section 7
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) 2014
Seksyen 7
(1)
Apabila menerima permohonan di bawah subkaedah 6(2), pemegang lesen pengagihan air hendaklah menentukan punca bekalan air bagi kawasan pembangunan pemaju itu.
(2)
Apabila punca bekalan air telah ditentukan di bawah subkaedah (1), pemegang lesen pengagihan air hendaklah memberitahu pemaju tentang ketetapan itu.
P.U. (A) 36 19
(3)
Jika pemegang lesen pengagihan air memberitahu pemaju di bawah subkaedah (2) bahawa kawasan pembangunan pemaju itu akan disambungkan ke takungan perkhidmatan terpusat, menjadi tanggungjawab pemegang lesen pengagihan air untuk―
(a)
merancang, mereka bentuk, membina dan memasang takungan perkhidmatan terpusat dan sesalur utama bekalan di dalam kawasan pembangunan itu; dan
(b)
mendapatkan kelulusan Suruhanjaya.
(4)
Jika pemegang lesen pengagihan merancang, mereka bentuk, membina dan memasang takungan perkhidmatan terpusat bersama dengan sesalur utama bekalan yang akan disambungkan ke sesalur utama awam, pemegang lesen pengagihan air boleh mengenakan caj ke atas pemaju bagi suatu sumbangan modal sebagaimana yang ditetapkan di bawah perenggan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Industri
Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan) 2014.
(5)
Pemegang lesen pengagihan air hendaklah bertanggungjawab bagi perancangan, reka bentuk, pembinaan dan pemasangan meter daerah di dalam mana-mana kawasan pembangunan pemaju dengan kosnya sendiri.
Pemegang lesen pengagihan air dan pemaju hendaklah melantik orang yang kompeten dan pemegang permit 8.
Pemaju dan pemegang lesen pengagihan air hendaklah memastikan bahawa
(a)
reka bentuk dan penyeliaan kerja pembinaan mana-mana bahagian sesalur utama bekalan, sistem retikulasi air luaran dan takungan perkhidmatan terpusat dijalankan oleh orang yang kompeten; dan
(b)
kerja-kerja pembinaan dan pemasangan sesalur utama bekalan, sistem retikulasi air luaran dan takungan perkhidmatan terpusat dijalankan oleh pemegang permit.
P.U. (A) 36 20
Permohonan bagi kelulusan pelan dan spesifikasi bagi sistem retikulasi air luaran dan sesalur utama bekalan 9.
(1)
Seseorang hendaklah memohon kepada Suruhanjaya, dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Keempat, bagi kelulusan pelan dan spesifikasi bagi sistem retikulasi air luaran atau sesalur utama bekalan.
(2)
Seseorang yang membuat permohonan di bawah subkaedah (1)
hendaklah membayar fi bagi kelulusan sistem retikulasi air luaran atau sesalur utama bekalan kepada Suruhanjaya mengikut kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.
(3)
Pelan dan spesifikasi yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah
Kaedah ini sah bagi tempoh dua puluh empat bulan.
(4)
Jika tempoh kesahan pelan dan spesifikasi yang disebut di bawah subkaedah (3) telah tamat, permohonan bagi kelulusan pelan dan spesifikasi itu hendaklah dikemukakan semula kepada Suruhanjaya dan pengemukaan semula itu hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan baharu.
Fi bagi pengujian dan pemeriksaan sistem retikulasi air luaran dan sesalur utama bekalan 10.
(1)
Seseorang hendaklah memohon bagi pengujian kepada Suruhanjaya dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Keenam dan pemeriksaan dijalankan terhadap mana-mana bahagian sistem retikulasi air luaran dan sesalur utama bekalan.
(2)
Seseorang yang membuat permohonan di bawah subkaedah (1)
hendaklah membayar fi bagi pengujian dan pemeriksaan sistem retikulasi air luaran dan sesalur utama bekalan kepada Suruhanjaya mengikut kadar yang dinyatakan dalam