Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) (PINDAAN) 2025

Seksyen 4

Pindaan kaedah 7

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dalam kaedah 7 dengan memasukkan selepas subkaedah (4) subkaedah yang berikut:

“(4A) Jika pemegang lesen pengagihan air merancang, mereka bentuk, membina dan memasang sesalur utama awam, sesalur utama bekalan atau takungan perkhidmatan bagi membekalkan air ke kawasan suatu pusat data, pemegang lesen pengagihan air itu boleh mengenakan caj ke atas pemaju pusat data itu bagi suatu sumbangan modal sebagaimana yang ditetapkan di bawah perenggan 16(1)(d) Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air

(Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014.”.

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) (PINDAAN) 2025