Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Elaun bagi arahan dan membuat sesuatu afidavit bagi menjawab interogatori dan afidavit khas lain, dan bagi menemui deponen untuk mengangkat sumpah, hendaklah termasuk semua pertemuan dengan deponen untuk menyelesaikannya dan membacanya.
Tiada fi yang dibenarkan bagi penyerahan dokumen, penyampaian dan notis jika peguam cara yang sama adalah bagi kedua-dua pihak 12.
Fi yang dibenarkan bagi penyerahan dokumen, penyampaian dan notis tidak boleh dibenarkan apabila peguam cara adalah sama bagi kedua-dua pihak, melainkan jika perlu bagi maksud membuat suatu afidavit penyampaian.
Tiada fi yang dibenarkan bagi penatapan jika peguam cara yang sama adalah bagi kedua-dua pihak 13.
Fi yang dibenarkan bagi penatapan tidak terpakai jika peguam cara yang sama adalah bagi kedua-dua pihak.
7
Penetapan bil kos bagi peguam cara yang sama yang diguna khidmat bagi dua orang atau lebih 14.
Jika peguam cara yang sama diguna khidmat bagi dua orang atau lebih yang mempunyai kepentingan yang sama, dan kertas yang berasingan diserahkan, atau jika prosiding lain telah diadakan oleh atau bagi dua orang atau lebih secara berasingan,
Pegawai Penetapan hendaklah menimbangkan pada menetapkan bil kos peguam cara itu, sama ada antara pihak dengan pihak, atau antara peguam cara dengan klien, sama ada kertas yang berasingan itu atau prosiding yang lain itu adalah perlu atau wajar; dan jika pada pendapatnya bahawa apa-apa bahagian kos yang berbangkit oleh sebab yang demikian telah dilakukan dengan tidak perlu atau dengan tidak wajar, bahagian kos itu tidaklah boleh dibenarkan.
Folio 15.
Sesuatu folio hendaklah mengandungi seratus perkataan, dengan tiap-tiap angka yang terkandung dalam sesuatu ruang atau yang dibenarkan digunakan dikira sebagai satu perkataan.
Fi am 16.
(1)
Pegawai Penetapan boleh membenarkan suatu fi am bagi arahan untuk perbicaraan, mendapatkan autoriti, menemui saksi, dan bagi mendapatkan keterangan dan menyediakan kes, dengan mengambil kira segala hal keadaan kes itu dan soal yang terlibat.
(2)
Fi tidak boleh dibenarkan bagi lebih daripada seorang peguam bela bagi suatu pihak melainkan jika dibenarkan oleh mahkamah dengan perakuan pada masa pendengaran itu atau dalam masa tujuh hari selepasnya.
(3)
Fi yang disebut dalam subkaedah (2) boleh dibenarkan walaupun kedua-dua peguam bela itu merupakan anggota bagi firma peguam bela dan peguam cara yang sama.
8
(4)
Jika perakuan itu diberikan, apa-apa fi sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Pendaftar boleh dibenarkan bagi konsultasi, pendapat, penerangan dan peringatan berkenaan dengan peguam bela yang kanan.
Bantahan kepada penetapan bil kos 17.
Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa yang dibenarkan atau tidak dibenarkan oleh Pegawai Penetapan dalam apa-apa bil kos yang ditetapkan olehnya daripada kesemua atau mana-mana bahagian bagi mana-mana butiran boleh mengemukakan suatu bantahan bertulis kepada Pegawai Penetapan terhadap apa yang dibenarkan atau tidak dibenarkan itu pada bila-bila masa sebelum perakuan atau alokatur itu ditandatangani, dengan menyatakan di dalamnya dengan suatu senarai yang pendek dan ringkas butiran atau bahagiannya yang dibantah dan alasan dan sebab bagi bantahan itu, dan kemudiannya dia bolehlah memohon kepada Pegawai Penetapan supaya membuat semakan penetapan berkenaan dengannya.
Semakan penetapan bil kos 18.
Apabila diterima permohonan itu Pegawai Penetapan hendaklah menimbang semula dan menyemak penetapannya mengikut bantahan itu, dan dia boleh, jika difikirkannya patut, menerima keterangan lanjut mengenainya dan, jika dikehendaki sedemikian oleh peguam cara atau mana-mana orang yang berkepentingan dia hendaklah menyatakan, sama ada dalam perakuan penetapan atau alokaturnya atau dengan merujuk kepada bantahan itu, alasan dan sebab keputusannya ke atasnya dan apa-apa fakta atau hal keadaan khas yang berhubungan dengannya.
Permohonan kepada hakim untuk suatu perintah untuk semakan penetapan 19.
Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan perakuan atau alokatur
Pegawai Penetapan mengenai apa-apa butiran atau bahagiannya yang telah dibantah seperti yang disebut terdahulu, boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh perakuan atau alokatur itu atau apa-apa masa lain sebagaimana yang dibenarkan oleh mahkamah atau hakim atau Pegawai Penetapan pada masa dia menandatangani perakuan atau alokaturnya itu, memohon kepada hakim bagi suatu perintah untuk semakan penetapan mengenai butiran itu atau sebahagian daripada sesuatu butiran, dan hakim itu bolehlah apabila menerima permohonan itu membuat apa-apa perintah
9
yang difikirkannya adil; tetapi perakuan atau alokatur Pegawai Penetapan itu adalah terakhir dan muktamad mengenai semua perkara yang telah tidak dibantah mengikut cara yang disebut terdahulu.
Tiada keterangan lanjut melainkan jika diarahkan selainnya oleh hakim 20.
Permohonan itu hendaklah didengar dan diputuskan oleh hakim atas keterangan yang telah dikemukakan kepada Pegawai Penetapan, dan tiada keterangan lanjut boleh diterima apabila permohonan itu didengar melainkan jika diarahkan selainnya oleh hakim.
Elaun kepada saksi 21.
Elaun kepada saksi dalam prosiding kebankrapan hendaklah mengikut elaun yang pada masa ini biasanya dibenarkan dalam prosiding lain di Mahkamah Tinggi.
_______________________________________________________