Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969

Seksyen 2

Semua fi atau elaun yang merupakan budi bicara boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya, dibenarkan menurut budi bicara Pegawai Penetapan, yang, pada menjalankan budi bicara itu, hendaklah mengambil kira fi dan elaun lain kepada peguam cara, dan peguam jika ada, berkenaan dengan kerja yang baginya mana-mana elaun itu terpakai, jenis dan mustahaknya perkara itu, amaun yang terlibat, kepentingan pihak-pihak, estet atau orang yang akan menanggung kos itu, penjalanan am dan kos prosiding itu dan segala hal keadaan lain.

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 | mylaw.my