Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Saraan peguam cara
Berkenaan dengan urusan yang berkaitan dengan penjualan, pembelian, pajakan, gadai janji dan perkara pemindahhakan lain, dan berkenaan dengan urusan lain yang tidak dijalankan di dalam mahkamah atau di dalam kamar, dan yang bukan selainnya urusan bertikaian, saraan peguam cara hendaklah (sekiranya tiada apa-apa perkiraan yang berlawanan) dikawal selia dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166],
5
dan di Negeri-Negeri lain menurut peruntukan undang-undang yang bersamaan yang berkuat kuasa di Negeri-Negeri lain itu:
Dengan syarat bahawa, berkenaan dengan penjualan harta yang digadai janji, saraan peguam cara Ketua Pengarah Insolvensi boleh dibayar hanya daripada hasil jualan itu sahaja.