Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969

Seksyen 8

Bil kos

(1)

Bil kos hendaklah dibuat atas kertas yang bermutu tinggi dengan saiznya lebih kurang 297mm. (11.69 inci) panjang, 210mm. (8.27 inci) lebar, mempunyai suatu birai tidak kurang daripada 1 inci lebar yang dibiarkan kosong di kedua-dua belah kertas itu dan hendaklah ditulis membujur pada sebelah muka sahaja, dengan membezakan, dengan memasukkan dalam ruang yang berasingan, kos yang dibayar sendiri daripada caj bagi kerja yang telah dilakukan dan masa yang telah digunakan.

6

(2)

Tarikh hendaklah diberikan bagi setiap butiran, tetapi tarikh itu tidak boleh ditulis di sebelah tepi kerana tepinya itu hendaklah dibiarkan kosong untuk penetapan.

Fi bagi membuat afidavit atau dokumen lain