Malaysia legislation
Section 134
Seksyen 134
Jika melebihi 10 bilangannya, surat hendaklah dicetak atau disalin dengan mesin bagi setiap salinan dialamatkan dan dihantar, sebagai tambahan kepada caj pencetak 1
FI BAGI BROKER DAN PELELONG
Kesemua caj berikut hendaklah tertakluk kepada pengurangan melalui perjanjian dengan Ketua Pengarah Insolvensi atau untuk dinaikkan dengan sanksi jawatankuasa perunding, jika ada.
Elaun broker
Bagi penyenaraian dan penilaian harta catel:
Atas RM3,000.00 yang pertama 1%
RM3,001.00 hingga RM6,000.00 0.5%
RM6,001.00 dan ke atas 0.25%
Sebagai tambahan, broker hendaklah berhak kepada perbelanjaan pengangkutan yang munasabah yang sebenarnya dibayar.
15
Caj pelelong
Bagi jualan secara kontrak persendirian berdasarkan kepada penilaian, separuh daripada caj yang diberikan di atas bagi inventori dan penilaian.
Bagi jualan secara lelongan, termasuk kesemua perbelanjaan kecuali kos pengiklanan surat khabar, cetakan pekeliling, pengangkutan dan perbelanjaan lain sebagaimana Pendaftar fikirkan munasabah—
Mengenai harta catel —
Atas RM3,000.00 yang pertama 4%
RM3,001.00 hingga RM6,000.00 3%
RM6,001.00 dan ke atas 2%
Mengenai estet, pegangan bebas, pegangan pajak, dsb. termasuk penilaian yang terdahulu bagi menentukan amaun rizab tawaran—
RM3,000.00 yang pertama 1%
RM3,001.00 hingga RM10,000.00 0.5%
RM10,001.00 dan ke atas 0.25%
Kos bagi kerja mengukur, keusangan dan penentuan hendaklah menurut budi bicara.
".
Kecualian 3.
Semua prosiding, tindakan atau apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk dibuat atau yang masih belum selesai sebaik sebelum mula berkuatkuasanya
Kaedah-Kaedah ini hendaklah tidak terkesan dengan Kaedah-Kaedah ini dan hendaklah diteruskan seolah-olah Kaedah-Kaedah ini tidak pernah dibuat.
Dibuat 3 Oktober 2017
[MdI/156/008/AM/2/15; PN(PU2)180/III]
DATO’ SRI AZALINA BINTI DATO’ OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
16
INSOLVENCY ACT 1967
INSOLVENCY (COSTS) (AMENDMENT) RULES 2017