Skip to content

Seksyen 18

Laporan penama

of Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017

P.U. (A)In forceProvision 18 of 22
Seksyen 18

(1)

Jika suatu mesyuarat pemiutang telah meluluskan atau tidak meluluskan cadangan penghutang, pengerusi hendaklah menyediakan laporan dalam Borang 12 dan memfailkan suatu salinan laporan itu di mahkamah dalam tempoh tujuh hari dari tarikh mesyuarat diadakan.

(2)

Jika penama melaporkan kepada mahkamah bahawa mesyuarat pemiutang telah tidak meluluskan cadangan penghutang, mahkamah boleh mengenepikan perintah interim yang masih berkuat kuasa berhubung dengan penghutang.