Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Penama hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat semua perkara yang perlu atau suai manfaat untuk atau yang berhubungan dengan pelaksanaan kewajipannya.
(2)
Apa-apa perkiraan sukarela yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah secara nyata memperuntukkan fungsi, kuasa dan kewajipan tertentu untuk diberikan kepada penama dalam menyelia dan mentadbir pelaksanaannya.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subkaedah (1) dan (2), kuasa penama hendaklah termasuklah kuasa—
(a)
untuk mempengerusikan suatu mesyuarat pemiutang bagi maksud untuk meluluskan cadangan penghutang;
(b)
untuk mengkehendaki apa-apa maklumat daripada penghutang dan pemiutangnya berkenaan dengan hal ehwal penghutang yang perlu bagi pembentangan cadangan penghutang bagi perkiraan sukarela;
(c)
untuk mengeluarkan borang proksi bagi digunakan semasa mesyuarat pemiutang;
(d)
untuk menerima atau menolak bukti hutang secara keseluruhan atau sebahagiannya;
(e)
untuk melakukan semua perkara termasuk menjalankan kerja yang diperlukan bagi pelaksanaan dan penyeliaan perkiraan sukarela;
dan
(f)
apa-apa kuasa lain yang diberikan melalui terma perkiraan sukarela yang dipersetujui antara penghutang dan pemiutang.
P.U. (A) 304 4
Kewajipan penama