Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Suatu permohonan kepada mahkamah bagi suatu perintah interim di bawah perenggan 2C(2)(b) Akta hendaklah dibuat melalui saman dalam kamar dalam
Borang 4 dan disokong oleh afidavit dalam Borang 5.
(2)
Suatu salinan Borang 3, senarai pemiutang penghutang dan anggaran jumlah yang terhutang hendaklah diekshibitkan dalam afidavit.
(3)
Jika penghutang ialah suatu firma—
(a)
afidavit yang menyokong permohonan bagi suatu perintah interim boleh dibuat oleh salah seorang daripada rakan kongsi firma itu;
dan
(b)
suatu salinan persetujuan secara bertulis daripada semua atau majoriti daripada rakan kongsi bagi memasuki perkiraan sukarela, hendaklah dieksihibitkan dalam afidavit.
(4)
Mahkamah hendaklah menetapkan suatu tarikh bagi pendengaran permohonan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dikemukakan oleh penghutang kepada Ketua Pengarah Insolvensi dan penama dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan permohonan itu.
P.U. (A) 304 5
Perintah interim