Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 210
kaedah yang berikut:
“Mesyuarat pemiutang melalui teknologi komunikasi jarak jauh 210A. (1)
Ketua Pengarah Insolvensi boleh jika difikirkannya patut mengadakan mesyuarat pemiutang melalui teknologi komunikasi jarak jauh.
(2)
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah, apabila mengadakan mesyuarat pemiutang melalui teknologi komunikasi jarak jauh, mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan identiti pihak yang menghadiri mesyuarat itu.
(3)
Seseorang yang menghadiri suatu mesyuarat pemiutang yang diadakan melalui teknologi komunikasi jarak jauh, secara sendiri atau proksinya, boleh menggunakan haknya untuk bersuara dan mengundi dalam mesyuarat itu.”.
Pindaan kaedah 221 16.
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 221
dengan kaedah yang berikut:
P.U. (A) 301 8
“Mesyuarat pemiutang jika bankrap suatu firma