Malaysia legislation

Section 19

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (PINDAAN) 2023

Seksyen 19

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 227

kaedah yang berikut:

“Nilai aset bagi pentadbiran ringkas 227A. Bagi maksud seksyen 106 Akta, estet bankrap hendaklah ditadbir secara ringkas sekiranya nilai aset (selepas ditolak apa-apa jumlah yang dibayar kepada pemiutang bercagar berkenaan dengan cagarannya) tidak mungkin melebihi empat puluh ribu ringgit.

Amaun gaji atau upah orang yang makan gaji 227B. Bagi maksud subseksyen 107(1) Akta, orang yang makan gaji ialah orang yang sedang atau telah diambil bekerja dengan gaji atau upah bagi suatu amaun—

(a)

tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan tidak termasuk apa-apa elaun sementara; dan

P.U. (A) 301 9

(b)

jika dia mempunyai apa-apa pendapatan lain yang tidak termasuk apa-apa pencen yang diterima, tidak melebihi lima ratus ringgit sebulan dan tidak berbangkit daripada apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dia mengambil apa-apa bahagian dalam pengurusan.”.

Pindaan kaedah 229 20.

Kaedah 229 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Mesyuarat pemiutang bagi kebankrapan kecil”;

(b)

dengan memotong subkaedah (1); dan

(c)

dengan memotong perkataan “pertama” di mana-mana jua terdapat.

Pindaan kaedah 230 21.

Kaedah 230 Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memotong perkataan “pertama”

di mana-mana jua terdapat.

Kaedah baharu 281A

Section 19 — KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (PINDAAN) 2023