Malaysia legislation
Section 200A
Seksyen 200A
Tiap-tiap notis penggantungan bagi pelepasan automatik yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi di bawah subseksyen 33C(8A)
Akta hendaklah sebagaimana dalam Borang 100A.”.
Pindaan kaedah 208 13.
Kaedah 208 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Notis mesyuarat pemiutang”;
(b)
dengan menggantikan subkaedah (1) dengan subkaedah yang berikut:
“(1)
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah menetapkan masa dan tempat bagi mana-mana mesyuarat pemiutang yang dinyatakan dalam Jadual A Akta dan hendaklah menyebabkan notis mesyuarat itu disiarkan dalam Warta dan surat khabar tempatan.”;
P.U. (A) 301 6
(c)
dengan menggantikan subkaedah (2) dengan subkaedah yang berikut:
“(2)
Ketua
Pengarah
Insolvensi hendaklah memberikan tujuh hari notis bagi mana-mana mesyuarat pemiutang atau tiga hari notis bagi mesyuarat pemiutang yang kemudiannya yang menyatakan masa, tempat dan cara yang ditetapkan bagi mesyuarat itu kepada—
(a)
pemiutang yang disebut dalam penyata hal ehwal bankrap;
(b)
pemiutang yang memfailkan bukti hutang;
(c)
bankrap; dan
(d)
pempetisyen, dalam hal petisyen pemiutang.”;
(d)
dalam subkaedah
(3)
, dengan menggantikan perkataan
“mesyuarat pertama” dengan perkataan “mesyuarat pemiutang bagi maksud mempertimbangkan sama ada cadangan untuk komposisi atau skim perkiraan hendaklah dilayan”;
(e)
dalam subkaedah (4), dengan menggantikan perkataan “mesyuarat pertama bagi pemiutang dalam masa yang dinyatakan dalam Jadual A
Akta” dengan perkataan “mesyuarat pemiutang dalam masa yang diarahkan oleh mahkamah”; dan
(f)
dengan memasukkan selepas subkaedah (4) subkaedah yang berikut:
“(5)
Dalam kaedah ini, “tempat” termasuklah ruang siber, tempat virtual atau ruang virtual.”.
P.U. (A) 301 7
Pindaan kaedah 210 14.
Kaedah 210 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan perkataan
“diposkan”
dengan perkataan
“diposkan atau dihantar melalui e-mel sewajarnya”; dan
(b)
dengan menggantikan perkataan
“dihantar”
dengan perkataan
“disampaikan sewajarnya”.
Kaedah baharu 210A