Malaysia legislation

Section 15

of KAEDAH-KAEDAH INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA (KEANGGOTAAN DAN MAJLIS) (PINDAAN) 2023

Seksyen 15

Penggantian kaedah 28

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 28 dengan kaedah yang berikut:

“Pengiraan undi oleh pemeriksa undi 28.

(1)

Pemeriksa undi hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas tarikh tutup pengundian, memeriksa undi elektronik untuk menentukan bahawa tatacara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis di bawah subkaedah 25(2) telah dipatuhi dan hanya selepas itu undi elektronik boleh dikira.

(2)

Pemeriksa undi hendaklah menolak mana-mana undi elektronik yang tidak mematuhi tatacara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis di bawah subkaedah 25(2).

(3)

Keputusan pemeriksa undi mengenai kesahan mana-mana undi elektronik adalah muktamad.

(4)

Pemeriksa undi hendaklah memaklumkan Pengerusi mesyuarat agung tahunan keputusan pengundian itu dan Pengerusi hendaklah, tertakluk kepada subkaedah 24(3), membuat perisytiharan di bawah perenggan 11(d).”.

Pindaan kaedah 29

Section 15 — KAEDAH-KAEDAH INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA (KEANGGOTAAN DAN MAJLIS) (PINDAAN) 2023