Malaysia legislation

Section 16

of KAEDAH-KAEDAH INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA (KEANGGOTAAN DAN MAJLIS) (PINDAAN) 2023

Seksyen 16

Kaedah 29 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subkaedah (1) dengan subkaedah yang berikut:

“(1)

Pemeriksa undi hendaklah membuat dan menandatangani suatu laporan yang menyatakan—

P.U. (A) 140 8

(a)

jumlah bilangan undi elektronik yang diterima daripada anggota yang layak mengundi mengikut subkaedah 25(2), jumlah bilangan undi elektronik yang ditolak dan sebab penolakan;

(b)

jumlah bilangan undi setiap anggota yang dicalonkan; dan

(c)

nama anggota yang dicalonkan yang telah dipilih dengan sewajarnya.”; dan

(b)

dalam subkaedah (4), dengan menggantikan perkataan “Kertas undi yang sempurna dikira mengikut kaedah 28” dengan perkataan

“Data pengundian di bawah kaedah 28”.

Pindaan kaedah 32

Section 16 — KAEDAH-KAEDAH INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA (KEANGGOTAAN DAN MAJLIS) (PINDAAN) 2023