Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA (KEANGGOTAAN DAN MAJLIS) (PINDAAN) 2023
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis) 2001
[P.U. (A) 343/2001], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dengan memasukkan sebelum kaedah 10 kaedah yang berikut:
“Pengemukaan atau penyerahan melalui medium elektronik 9A.
(1)
Apa-apa notis, borang atau dokumen lain yang perlu dikemukakan atau diserahkan kepada atau oleh anggota, Majlis, Pendaftar atau Institut di bawah Bahagian ini boleh dibuat melalui medium elektronik.
(2)
Notis, borang atau dokumen lain yang dikemukakan atau diserahkan mengikut subkaedah (1) hendaklah dianggap telah disampaikan jika notis, borang atau dokumen lain itu dihantar ke alamat elektronik anggota, Majlis,
Pendaftar atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang direkodkan oleh Institut.”.
P.U. (A) 140 3
Pindaan kaedah 10