Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024

Seksyen 12

(1)

Apa-apa kekosongan jawatan bagi pengambilan ke perkhidmatan Institut hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian

14

bahasa kebangsaan.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), iklan itu hendaklah termasuk butiran yang berikut:

(a)

nama jawatan dan taraf pelantikan;

(b)

nama skim perkhidmatan;

(c)

butiran gaji;

(d)

kelayakan akademik dan kelayakan lain;

(e)

status kewarganegaraan pemohon;

(f)

tarikh tutup bagi permohonan;

(g)

alamat yang kepadanya permohonan perlu dihantar;

(h)

apa-apa syarat khas, jika berkaitan; dan

(i)

keterangan tentang jawatan kosong itu.

(3)

Walau apa pun subkaedah (1), Pihak Berkuasa Melantik boleh menggunakan apa-apa kaedah lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh

Pihak Berkuasa Melantik untuk mengiklankan kekosongan jawatan itu.

Tatacara tapisan

Section 12 — KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024