Skip to content

Seksyen 17

Tawaran pelantikan oleh Institut

of Kaedah-Kaedah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2024

P.U. (A)In forceProvision 16 of 24
Seksyen 17

(1)

Pihak Berkuasa Tertentu hendaklah membuat tawaran pelantikan kepada calon yang berjaya sama ada secara terus kepada calon yang berjaya atau melalui apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tertentu.

(2)

Surat tawaran pelantikan di bawah subkaedah (1) hendaklah mengandungi maklumat mengenai skim perkhidmatan sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

(3)

Pihak Berkuasa Tertentu hendaklah memaklumkan mana-mana calon yang tidak berjaya melalui apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh

Pihak Berkuasa Tertentu.