Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024

Seksyen 2

(1)

Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi—

(a)

mana-mana orang yang memohon untuk dilantik ke perkhidmatan

Institut; dan

(b)

pegawai dan pekhidmat Institut yang dilantik oleh Pihak Berkuasa

Melantik secara tetap, sementara atau kontrak.

(2)

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi—

(a)

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah; dan

(b)

apa-apa pertukaran pelantikan atau pertukaran tetap sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

8

(3)

Bagi maksud subkaedah (2)—

(a)

“pertukaran pelantikan”

ertinya suatu pelantikan bagi membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat berpindah ke perkhidmatan awam, mana-mana pihak berkuasa tempatan, badan berkanun lain, mana-mana pertubuhan atau apa-apa skim perkhidmatan tanpa terikat dengan proses pelantikan biasa berikutan pembubaran agensi di bawah apa-apa perkhidmatan, penjumudan skim perkhidmatan dan pemansuhan jawatan, atau atas permohonan pegawai atau pekhidmat, atau atas sebab-sebab lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik;

dan

(b)

“pertukaran tetap” ertinya pelantikan tetap seseorang pegawai atau pekhidmat yang sebelum ini dipinjamkan ke perkhidmatan awam, mana-mana pihak berkuasa tempatan, badan berkanun lain atau mana-mana pertubuhan di dalam atau di luar Malaysia.

Tafsiran

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024