Malaysia legislation

Section 20

of KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024

Seksyen 20

Akuan setuju terima

(1)

Seseorang calon hendaklah mengemukakan suatu pengakuterimaan tawaran pelantikan berserta perakuan oleh pengamal perubatan berdaftar, akuan berkanun dan surat aku janji yang dikehendaki di bawah subkaedah 18(1), (2) dan (3)

kepada Ketua Pusat Tanggungjawab.

(2)

Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah mengemukakan pengakuterimaan tawaran pelantikan daripada calon, berserta perakuan oleh pengamal perubatan berdaftar, akuan berkanun dan surat aku janji yang dikehendaki di bawah subkaedah 18(1), (2) dan (3) dan apa-apa maklumat lain yang diperlukan kepada

Pihak Berkuasa Tertentu pada tarikh calon itu melaporkan diri untuk bertugas.

Section 20 — KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024