Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024

Seksyen 3

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“Jawatankuasa Pemilihan” ertinya jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk memilih dan mengesyorkan kenaikan pangkat di Institut;

“Jawatankuasa

Perjawatan

Lembaga”

ertinya jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan dan pembangunan Pihak Berkuasa Tertentu;

“kenaikan pangkat” ertinya peningkatan secara hakiki daripada suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Pihak Berkuasa Meluluskan;

9

“Ketua Pusat Tanggungjawab” ertinya seseorang pegawai yang dilantik oleh

Ketua Pengarah untuk mengetuai suatu pusat, bahagian, negeri, stesen atau mana-mana unit pentadbiran lain;

“lantikan terus” ertinya pelantikan di gred naik pangkat dalam suatu skim perkhidmatan;

“pegawai” ertinya pegawai yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik secara tetap, sementara atau kontrak;

“pekhidmat” ertinya pekhidmat yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik secara tetap, sementara atau kontrak;

“pelantikan” ertinya pelantikan ke apa-apa skim perkhidmatan dalam perkhidmatan Institut oleh Pihak Berkuasa Melantik secara tetap, sementara atau kontrak;

“pemangkuan” ertinya penjalanan tugas secara sepenuh masa jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki seseorang pegawai atau pekhidmat dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama, dengan kelulusan

Pihak Berkuasa Meluluskan;

“peminjaman” ertinya pelantikan seseorang pegawai atau pekhidmat bagi tempoh masa tertentu ke perkhidmatan awam, mana-mana pihak berkuasa tempatan, badan berkanun lain atau mana-mana pertubuhan di dalam atau di luar Malaysia tanpa memutuskan ikatan pegawai atau pekhidmat itu dengan perkhidmatan hakikinya;

“penanggungan kerja” ertinya penjalanan tugas, di samping tugas pegawai atau pekhidmat itu sendiri bagi suatu tempoh yang ditentukan, bagi jawatan lain yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tertentu;

10

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50], sama ada pegawai perubatan kerajaan atau swasta;

“perkhidmatan Institut” ertinya perkhidmatan pegawai atau pekhidmat yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak menurut seksyen 7 Akta;

“Pihak

Berkuasa

Melantik”

ertinya orang atau jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi pelantikan pegawai atau pekhidmat seperti yang berikut:

(a)

bagi pelantikan pegawai, Jawatankuasa Perjawatan Lembaga; dan

(b)

bagi pelantikan pekhidmat, Ketua Pengarah;

“Pihak Berkuasa Meluluskan” ertinya pihak yang bertanggungjawab untuk mempertimbangkan dan meluluskan keputusan kenaikan pangkat di Institut seperti yang berikut:

(a)

bagi pegawai, Jawatankuasa Perjawatan Lembaga; dan

(b)

bagi pekhidmat, Ketua Pengarah Institut;

“Pihak Berkuasa Tertentu” ertinya Pusat Pengurusan Sumber Manusia Institut.

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024