Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Pelantikan semula pegawai atau pekhidmat yang dikehendaki bersara
(1)
Tertakluk kepada subkaedah (2), (3) dan (4), seseorang pegawai atau pekhidmat yang dikehendaki bersara daripada perkhidmatan Institut boleh dilantik semula ke perkhidmatan Institut tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan
Pihak Berkuasa Melantik.
(2)
Seseorang pegawai atau pekhidmat yang telah dibersarakan daripada perkhidmatan Institut atas sebab kesihatan boleh dilantik semula ke perkhidmatan
Institut jika pegawai atau pekhidmat itu telah disahkan sihat dari segi perubatan dan berkeupayaan untuk menjalankan tugasnya dengan memuaskan oleh suatu panel perubatan yang ditubuhkan atas permintaan Pihak Berkuasa Melantik.
(3)
Bagi maksud subkaedah (2), panel perubatan itu hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan berdaftar, yang salah seorang daripadanya ialah pakar dalam penyakit yang dihidapi oleh pegawai atau pekhidmat yang telah bersara itu.
12
(4)
Bagi maksud kaedah ini, “dikehendaki bersara” ertinya persaraan atas sebab kesihatan, persaraan kerana pelantikan dalam perkhidmatan awam, mana-mana pihak berkuasa tempatan, badan berkanun lain atau mana-mana pertubuhan, atau persaraan disebabkan oleh keputusan Kerajaan mengikut Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239].
Pelantikan semula pegawai atau pekhidmat yang perkhidmatannya telah ditamatkan atau dibuang kerja 8.
Seseorang pegawai atau pekhidmat yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja daripada perkhidmatan Institut tidak boleh dilantik semula ke perkhidmatan Institut kecuali dengan kebenaran Lembaga.
Pelantikan pegawai atau pekhidmat ke skim perkhidmatan yang lain