Skip to content

Seksyen 35I

of Kaedah-Kaedah Juruukur Bahan (Pindaan) 2016

P.U. (A)In forceProvision 26 of 30

Seksyen 35I

(1)

Panel Penyelesaian Pertikaian yang dilantik di bawah seksyen 14B Akta hendaklah bersidang di premis

Lembaga atau di mana-mana tempat lain pada tarikh dan masa yang ditentukan oleh Pengerusi Panel Penyelesaian Pertikaian.

(2)

Apabila menerima sesuatu aduan, jika Panel

Penyelesaian Pertikaian memutuskan untuk mengadakan pendengaran,

Panel

Penyelesaian

Pertikaian hendaklah mengemukakan notis pendengaran yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran itu kepada pengadu dan

Juruukur Bahan Perunding, Juruukur Bahan Profesional,

Juruukur Bahan Sementara, Juruteknologi Ukur Bahan atau

Firma Juruukur Bahan Perunding, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui pos berdaftar atau pos prabayar ke alamatnya yang akhir diketahui.

(2)

Panel Penyelesaian Pertikaian boleh menangguhkan pendengaran dari semasa ke semasa, dan tiada notis bertulis mengenai penangguhan dikehendaki untuk disampaikan kepada mana-mana pihak jika penangguhan itu dibuat semasa kehadiran pihak itu.

(3)

Tertakluk kepada peruntukan Akta dan Kaedah-Kaedah ini, Panel Penyelesaian Pertikaian boleh mengawal selia tatacaranya sendiri bagi pendengaran sesuatu aduan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut.

(4)

Panel

Penyelesaian

Pertikaian hendaklah menyimpan rekod semua prosidingnya.

(5)

Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah membuat suatu laporan yang menyatakan fakta dan penentuan sesuatu aduan dan laporan itu hendaklah ditandatangani oleh

P.U. (A) 18 13

Pengerusi Panel Penyelesaian Pertikaian dan ahli-ahli Panel

Penyelesaian Pertikaian.

(6)

Panel

Penyelesaian

Pertikaian hendaklah mengemukakan laporan kepada Lembaga berserta dengan rekod prosiding penyelesaian pertikaian dalam tempoh dua bulan dari tarikh tamat prosiding penyelesaian pertikaian itu.

(7)

Tempoh yang ditetapkan dalam subkaedah (7)

boleh, atas permohonan secara bertulis oleh Pengerusi Panel

Penyelesaian Pertikaian, dilanjutkan oleh Yang Dipertua

Lembaga jika terdapat sebab yang munasabah untuk berbuat demikian.”.

Pindaan tajuk Bahagian V