Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH KENDERAAN MOTOR (LARANGAN MENGENAI JENIS-JENIS KACA TERTENTU) (PINDAAN) 2016
Seksyen 4
Pindaan kaedah 5
(a)
dengan menggantikan subkaedah (1) dengan subkaedah yang berikut:
“(1)
Pemunya berdaftar atau pemandu kenderaan motor yang cermin depan kenderaan itu diwarnakan, dilekapkan, disalut, disembur, ditampal, dipasang atau selainnya diproses atau dicampurkan dengan apa-apa bahan atau kimia hendaklah memastikan pemancaran menerusi cermin depan kenderaan itu sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus cahaya tampak.”;
(b)
dengan menggantikan subkaedah (3) dengan subkaedah yang berikut:
“(3)
Pemunya berdaftar atau pemandu kenderaan motor yang kaca atau bahan lutsinar lain dipasang pada sisi depan, sisi belakang atau belakang kenderaan itu diwarnakan, dilekapkan, disalut, disembur, ditampal, dipasang atau selainnya diproses atau dicampurkan dengan apa-apa bahan atau kimia hendaklah memastikan─
(a)
pemancaran menerusi kaca atau bahan lutsinar lain yang dipasang pada sisi depan kenderaan itu sekurang-kurangnya lima puluh peratus cahaya tampak; dan
(b)
pemancaran menerusi kaca atau bahan lutsinar lain yang dipasang pada sisi belakang dan belakang kenderaan itu sekurang-kurangnya tiga puluh peratus cahaya tampak.”; dan
P.U. (A) 34 4
(c)
dengan menggantikan subkaedah (4) dengan subkaedah yang berikut:
“(4)
Walau apa pun subkaedah (3), pemunya berdaftar atau pemandu bas atau karavan yang kaca atau bahan lutsinar lain yang dipasang pada sisi depan, sisi belakang dan belakang bas atau karavan itu diwarnakan, dilekapkan, disalut, disembur, ditampal, dipasang atau selainnya diproses atau dicampurkan dengan apa-apa bahan atau kimia hendaklah memastikan pemancaran menerusi yang kaca atau bahan lutsinar lain itu sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus cahaya tampak.”.
Pindaan kaedah 9