Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH KENDERAAN MOTOR (PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN) (PINDAAN) 2012
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959
[L.N. 170/1959], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 15 dengan memasukkan selepas subkaedah (10), subkaedah yang berikut:
“(11) Sistem brek yang dipasang pada tiap-tiap kenderaan motor hendaklah menepati spesifikasi berikut, mengikut kehendak keadaan:
(a)
United Nation Economic Commission for Europe (selepas ini disebut “UN ECE”) Regulation No. 13 Uniform Provisions
Concerning the Approval of Vehicles of Categories M, N, and O with
Regard to Braking;
(b)
UN ECE Regulation No. 13-H Uniform Provisions Concerning the
Approval of Passenger Cars with Regard to Braking; atau
(c)
UN ECE Regulation No. 78 Uniform Provisions Concerning the
Approval of Vehicles of Category L with Regard to Braking.
P.U. (A) 119 3
(12)
Jika penyambung brek dan stereng dikemaskan dengan bolt atau pin, bolt atau pin itu hendaklah dikunci dengan ketat dan jika berada dalam keadaan yang tidak mendatar, kepala bolt atau pin itu hendaklah berada di bahagian atas.
(13)
Brek gelendong tidak disifatkan sebagai sebahagian daripada sistem brek.
(14)
Tiap-tiap pertukaran peralatan brek servis hendaklah menepati spesifikasi berikut, mengikut kehendak keadaan:
(a)
UN ECE Regulation No. 90 Uniform Provisions Concerning the
Approval of Replacement Brake Lining Assemblies and Drum
Brake Lining for Power-Driven Vehicles and Their Trailers; atau
(b)
MS 1164 Specification for Road Vehicles – Replacement Brake
Lining Assemblies and Drum Brake Lining for Power-Driven
Vehicles.”.
Pindaan kaedah 30