Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pemeriksaan Berkala, Kelengkapan dan
Standard Pemeriksaan) 1995 [P.U. (A) 49/1995], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu”
dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 4—
(a)
dalam subperenggan (a)(i), dengan memasukkan selepas perkataan
“treler kontena” perkataan “dan semi-treler kontena”;
(b)
dalam subperenggan (a)(ii), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan itu;
(c)
dalam subperenggan (a)(iii), dengan menggantikan koma bernoktah di hujung subperenggan itu dengan perkataan “; dan”;
(d)
dengan memasukkan selepas subperenggan (a)(iii) subperenggan yang berikut:
“(iv)
kategori kenderaan sekolah memandu;”;
P.U. (A) 173 3
(e)
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b)
bagi treler kontena dan semi-treler kontena pengeluaran baharu, sekali dalam tiap-tiap dua belas bulan bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas itu sekali dalam tiap-tiap enam bulan;”;
(f)
dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; dan
(g)
dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:
“(da)
bagi kategori kenderaan sekolah memandu yang telah mencapai usia tiga tahun dari tarikh pendaftaran kenderaan itu di bawah seksyen 7 Akta, sekali dalam tiap-tiap dua belas bulan bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas itu sekali dalam tiap-tiap enam bulan; dan”.
Peralihan