Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH KENDERAAN MOTOR (TIMBANG) (PINDAAN) 2025

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Timbang) 1990 [P.U. (A) 466/1990], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 2—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai diberikuasa” takrif yang berikut:

‘ “sistem pengecaman plat nombor automatik” ertinya suatu sistem untuk mengenal pasti, menganalisis dan merekodkan nombor pendaftaran suatu kenderaan motor;’;

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “sistem pengecaman plat nombor automatik” sebagaimana yang dimasukkan takrif yang berikut:

‘ “sensor gelung induktif” ertinya suatu alat untuk mengesan kehadiran suatu kenderaan motor melalui sensor yang dipasang pada mana-mana jalan;’;

P.U. (A) 221 3

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “sensor gelung induktif” sebagaimana yang dimasukkan takrif yang berikut:

‘ “sensor penimbang semasa bergerak” ertinya suatu sensor yang dipasang pada mana-mana jalan yang digunakan untuk menimbang dan merekodkan berat dengan muatan suatu kenderaan motor yang sedang bergerak;’; dan

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “sensor penimbang semasa bergerak”

sebagaimana yang dimasukkan takrif yang berikut:

‘ “sistem penimbang semasa bergerak elektronik atau berkomputer”

ertinya suatu sistem untuk menimbang, mengenal pasti dan merekodkan berat dengan muatan suatu kenderaan motor semasa kenderaan motor itu sedang bergerak di atas jalan;’.

Pindaan kaedah 7

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH KENDERAAN MOTOR (TIMBANG) (PINDAAN) 2025