Malaysia legislation

Section 1A

of KAEDAH-KAEDAH KERETA MOTOR (TALI PINGGANG KELEDAR) (PINDAAN) 2019

Seksyen 1A

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“bas” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dan Akta

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334], dan termasuklah bas persiaran;

P.U. (A) 375 3

“bas berhenti-henti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987;

“kanak-kanak” ertinya seseorang yang berumur di bawah dua belas tahun dengan berat kurang daripada 36 kilogram dan ketinggian kurang daripada 136 sentimeter;

“kenderaan pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan

Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594];

“kenderaan perkhidmatan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Awam

Darat 2010

dan

Akta

Lembaga

Pelesenan

Kenderaan

Perdagangan 1987;

“sistem kekangan kanak-kanak” ertinya suatu peranti yang boleh memuatkan penumpang kanak-kanak dalam keadaan duduk atau berbaring di dalam suatu kenderaan motor, dan direka bentuk untuk mengurangkan risiko kecederaan kepada kanak-kanak sekiranya berlaku pelanggaran atau pengurangan kelajuan secara mendadak kenderaan motor itu dengan mengehadkan pergerakan badan kanak-kanak itu.”.

Pindaan kaedah 2 4.

Kaedah 2 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan

“kereta motor” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota birai dengan perkataan “kenderaan motor”;

P.U. (A) 375 4

(b)

dalam subkaedah (1), dengan memasukkan selepas perkataan

“untuk pemasangannya”

perkataan

“mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam Jadual”;

(c)

dalam subkaedah (2), dengan menggantikan perkataan “Perenggan (1)”

dengan perkataan “Subkaedah (1)”; dan

(d)

dengan menggantikan subkaedah (3) dengan subkaedah yang berikut:

“(3)

Jika kenderaan motor yang disebut dalam subkaedah (2) didapati tidak dipasang dengan tali pinggang keledar mengikut subkaedah (1), pemunya berdaftar kenderaan motor itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, dalam hal sabitan yang pertama, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.”.

Pindaan kaedah 2A

Section 1A — KAEDAH-KAEDAH KERETA MOTOR (TALI PINGGANG KELEDAR) (PINDAAN) 2019