Malaysia legislation
Section 4B
of KAEDAH-KAEDAH KERETA MOTOR (TALI PINGGANG KELEDAR) (PINDAAN) 2019
Seksyen 4B
(2)
Sistem kekangan kanak-kanak menghadap ke hadapan boleh dipasang di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan motor yang dilengkapi dengan beg udara.
(3)
Sistem kekangan kanak-kanak menghadap ke belakang tidak boleh dipasang di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan motor yang dilengkapi dengan beg udara melainkan jika fungsi beg udara itu dimatikan.
(4)
Jika seseorang kanak-kanak di dalam kenderaan motor didapati tidak diletakkan di dalam sistem kekangan kanak-kanak yang sesuai mengikut subkaedah (1) atau (3), pemandu kenderaan motor itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, dalam hal sabitan yang pertama, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
(5)
Bagi maksud kaedah ini, “sistem kekangan kanak-kanak yang sesuai” ertinya sistem kekangan kanak-kanak yang sesuai dengan umur, berat dan ketinggian seseorang kanak-kanak.
Pengecualian khas berhubung dengan sistem kekangan kanak-kanak.