Malaysia legislation

Section 4C

of KAEDAH-KAEDAH KERETA MOTOR (TALI PINGGANG KELEDAR) (PINDAAN) 2019

Seksyen 4C

Walau apa pun subkaedah 4B(4), seseorang pemandu kenderaan motor tidaklah melakukan kesalahan di bawah subkaedah 4B(1)—

(a)

jika tidak mungkin bagi sesuatu kenderaan motor disebabkan oleh pembinaannya untuk

P.U. (A) 375 8

dipasang dengan sistem kekangan kanak-kanak yang sesuai;

(b)

jika tidak mungkin bagi sesuatu kenderaan motor disebabkan oleh bilangan penumpang di dalam kenderaan motor itu untuk dipasang dengan sistem kekangan kanak-kanak yang sesuai;

(c)

jika kanak-kanak di dalam kenderaan motor itu telah diperakui oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar sebagai tidak layak secara perubatan untuk diletakkan di dalam sistem kekangan kanak-kanak; atau

(d)

jika, dalam hal suatu kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan, tiada sistem kekangan kanak-kanak yang sesuai disediakan untuk kanak-kanak oleh pengendali atau pemunya berdaftar kenderaan itu.”.

Penggantian kaedah 5 10.

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 5 dengan kaedah yang berikut:

“Sekatan ke atas penjualan dan pembekalan tali pinggang keledar dan sistem kekangan kanak-kanak.

Section 4C — KAEDAH-KAEDAH KERETA MOTOR (TALI PINGGANG KELEDAR) (PINDAAN) 2019