Seksyen 4
Terma dan syarat pemilihan
of Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Akaun Simpanan Shariah) 2016
P.U. (A)In forceProvision 4 of 12
Seksyen 4
Pemilihan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut:
(a)
ahli Kumpulan Wang bersetuju untuk melantik Lembaga sebagai ejen dan pemegang amanah untuk menguruskan dan melaburkan kesemua amaun yang ada pada kredit akaunnya mengikut Shariah;
(b)
ahli Kumpulan Wang itu menandatangani akad iaitu dokumen yang menyatakan persetujuannya bagi akaunnya diuruskan oleh Lembaga berdasarkan konsep wakalah; dan
(c)
kesemua amaun yang ada pada kredit akaun ahli Kumpulan Wang itu hendaklah mula diuruskan mengikut Shariah pada tarikh kuat kuasa pemilihan.