Seksyen 13
Kaedah 14 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
of Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2017
(a)
dalam subkaedah (1)—
(i)
dengan memotong perkataan “Mahkamah Tinggi atau Penolong Kanan
Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Pendaftar Mahkamah Sesyen dan
Mahkamah Majistret”; dan
(ii)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “satu bulan dari tarikh penghakiman” dengan perkataan “yang dinyatakan dalam penghakiman itu, atau jika tiada tempoh dinyatakan, satu bulan dari tarikh penerimaan salinan bermeterai penghakiman itu”;
(b)
dalam subkaedah (2), dengan menggantikan perkataan “hendaklah” dengan perkataan “boleh”;
(c)
dalam subkaedah
(3)
, dengan memasukkan selepas perkataan
“kepada Jawatankuasa Tatatertib” perkataan “yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat bagi pegawai atau pengkhidmat itu”; dan
(d)
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subkaedah (4), dengan memasukkan selepas perkataan “Jawatankuasa Tatatertib” perkataan “itu”.
Pindaan kaedah 19