Malaysia legislation
Section 9
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2017
Seksyen 9
Kaedah 10 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan perkataan
“Jawatankuasa
Tatatertib melalui
Ketua
Jabatan”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“Ketua Jabatannya”;
6
(b)
dengan memasukkan selepas subkaedah (3) subkaedah yang berikut:
“(3A)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghendaki mana-mana pegawai atau pengkhidmat untuk mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatannya segala harta yang dipunyai olehnya, isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.”;
(c)
dalam subkaedah (4)—
(i)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas perkataan
“diperoleh” perkataan “terlebih dahulu”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “Jawatankuasa Tatatertib” dengan perkataan “ketua pegawai eksekutif”;
(d)
dalam subkaedah
(5)
, dengan menggantikan perkataan
“Jawatankuasa Tatatertib” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“ketua pegawai eksekutif”; dan
(e)
dengan menggantikan subkaedah (6) dengan subkaedah yang berikut:
“(6) Ketua Jabatan hendaklah, jika dia berpuas hati dengan perisytiharan harta yang dibuat oleh pegawai atau pengkhidmat itu, mengarahkan supaya dicatatkan dalam rekod perkhidmatan pegawai atau pengkhidmat itu bahawa perisytiharan sedemikian telah dibuat.”.
Pindaan kaedah 11