Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PELABURAN DALAM INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016

Seksyen 4

(1)

Jika

Lembaga membenarkan suatu permohonan seseorang ahli

Kumpulan Wang untuk melabur di bawah Bahagian IIIA Akta, Lembaga hendaklah, tertakluk kepada subkaedah (2), memindahkan amaun yang ada pada kredit ahli

Kumpulan Wang itu ke dalam akaun pelaburan ahli Kumpulan Wang itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Amaun yang boleh dipindahkan di bawah subkaedah (1) tidak boleh melebihi tiga puluh peratus daripada amaun yang melebihi simpanan asas sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual tertakluk kepada amaun pelaburan minimum sebanyak satu ribu ringgit.

4

(3)

Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pemindahan amaun yang disebut dalam subkaedah (1) jika Lembaga menerima notis mengenai kematian ahli Kumpulan

Wang itu sebelum apa-apa pemindahan dibuat.

Lembaga boleh membenarkan pelaburan seterusnya

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PELABURAN DALAM INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016