Malaysia legislation
Section 8
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PELABURAN DALAM INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016
Seksyen 8
Penutupan akaun pelaburan atau pencairan pelaburan
(1)
Mana-mana ahli Kumpulan Wang boleh—
(a)
menutup akaun pelaburannya dan mengarahkan institusi pengurusan dana memindahkan kesemua amaun yang berada dalam akaun pelaburan itu kepada Kumpulan Wang; atau 5
(b)
mengarahkan institusi pengurusan dana untuk mencairkan kesemua atau sebahagian daripada pelaburannya dan memindahkan kepada
Kumpulan Wang kesemua atau sebahagian daripada pelaburan yang dicairkan itu.
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), mana-mana ahli Kumpulan Wang boleh pada bila-bila masa, tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, membuat permohonan seterusnya untuk melabur di bawah Bahagian IIIA Akta.
(3)
Apa-apa amaun yang dipindahkan semula kepada Kumpulan Wang di bawah subkaedah (1) hendaklah dikreditkan ke dalam Akaun I ahli Kumpulan Wang.
Penamatan pelantikan institusi pengurusan dana