Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2017

Seksyen 3

Pindaan kaedah 41

(a)

dengan menggantikan subkaedah (2), (3), (4), (5) dan (6) dengan subkaedah yang berikut:

“(2) Jika notis pengeluaran dibuat atas alasan bahawa ahli Kumpulan

Wang tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja, ahli

Kumpulan Wang itu atau pemohon itu hendaklah memberikan notis pengeluaran kepada Lembaga mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh

Lembaga bersama-sama dengan—

(a)

laporan perubatan daripada mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang menyatakan bahawa—

P.U. (A) 269 3

(i)

ahli Kumpulan Wang itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja; atau

(ii)

ahli Kumpulan Wang itu perlu dirujuk kepada Lembaga

Perubatan; dan

(b)

apa-apa dokumen lain yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Apabila notis pengeluaran di bawah subkaedah (2) diterima,

Lembaga boleh merujuk ahli Kumpulan Wang itu kepada Lembaga

Perubatan yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh Lembaga dan Lembaga Perubatan itu hendaklah memeriksa ahli Kumpulan Wang itu dan mengemukakan kepada

Lembaga, perakuan dan pandangannya tentang ketidakupayaan ahli

Kumpulan Wang itu untuk bekerja mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga dan menurut garis panduan bagi pengeluaran atas sebab hilang upaya yang dikeluarkan oleh Lembaga.

(4)

Lembaga Perubatan boleh meminta ahli Kumpulan Wang itu untuk mengemukakan laporan atau dokumen tambahan dan melakukan pemeriksaan susulan sebelum

Lembaga

Perubatan mengemukakan perakuan dan pandangan berhubung dengan ketidakupayaan ahli Kumpulan

Wang itu untuk bekerja.

(5)

Jika ahli Kumpulan Wang tidak berpuas hati dengan perakuan dan pandangan Lembaga Perubatan di bawah subkaedah (3), ahli Kumpulan

Wang itu boleh memohon secara bertulis kepada Lembaga untuk dikaji semula perakuan dan pandangan Lembaga Perubatan itu dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Lembaga adalah muktamad.

(6)

Permohonan di bawah subkaedah (5) hendaklah dibuat tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh ahli Kumpulan Wang itu

P.U. (A) 269 4

diberitahu mengenai perakuan dan pandangan Lembaga Perubatan itu mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subkaedah (6) subkaedah yang berikut:

“(6A) Jika Lembaga tidak berpuas hati dengan perakuan dan pandangan Lembaga Perubatan di bawah subkaedah (3), Lembaga boleh merujuk kepada Lembaga Perubatan Khas untuk dikaji semula perakuan dan pandangan Lembaga Perubatan itu dan Lembaga Perubatan Khas hendaklah mengemukakan kepada Lembaga, perakuan dan pandangannya tentang ketidakupayaan ahli Kumpulan Wang itu untuk bekerja mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga.

(6B)

Lembaga boleh mengecualikan pemakaian subkaedah (3)

dan (4) dan menggunakan laporan perubatan yang dikemukakan di bawah perenggan

(2)

(a)

bagi maksud pengeluaran di bawah perenggan 53B(2)(c), 54(1)(c) atau 70C(b) Akta jika Lembaga berpuas hati bahawa ahli Kumpulan Wang tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk menghadirkan diri untuk pemeriksaan oleh Lembaga Perubatan.”.

Dibuat 13 September 2017

[9/1/GUB(U)-7 Vol. 4.; KK/SID/(S)/9/419/379/23/1 Jld.39; PN(PU2)498/X]

TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN

Pengerusi

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

P.U. (A) 269 5

EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991

EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) RULES 2017

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2017